Print

Program

Kolej MARA Kuala Nerang menjalankan 7 program berbeza. Lima daripadanya adalah program persediaan ke luar negara. Berikut adalah sinopsis ringkas tentang program-program di Kolej MARA Kuala Nerang.

1. Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia

Program Matrikulasi KPM adalah program tertua sekali di KMKN kerana telah berjalan sejak tahun 2000 lagi. Pada awalnya, seramai 226 orang pelajar ditempatkan di KMKN bagi mengikuti Program Matrikulasi tersebut. Tempoh sesi pembelajaran mereka adalah selama 2 tahun iaitu bermula tahun 2000 hingga 2002. Pada ketika itu, hanya Jurusan Perakaunan ditawarkan kepada pelajar-pelajar. Pada tahun berikutnya, KPM memberi mandat kepada pihak kolej untuk melaksanakan Program Matrikulasi 1 Tahun. Berikut adalah taburan pelajar bermula sesi 2000/2002 hingga 2013/2014:

Sesi Bilangan Pelajar
2000/2002 226
2002/2003 479
2003/2004 487
2004/2005 491
2005/2006 483
 
Sesi Bilangan Pelajar
2006/2007 544
2007/2008 724
2008/2009 706
2009/2010 552
2010/2011 234
 
Sesi Bilangan Pelajar
2011/2012 183
2012/2013 261
2013/2014 233
2014/2015 185
2015/2016 156
 

Selain daripada Jurusan Perakaunan, pihak kolej juga telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan Jurusan Sains Hayat dan Sains Fizikal. Pengambilan pertama kumpulan ini bermula pada sesi 2008/2009 tetapi tempoh perlaksanaan agak singkat kerana pihak kolej ingin memberi laluan kepada program baru UniKL.

Sesi Bilangan Pelajar
Jurusan Sains Hayat Jurusan Sains Fizikal Jurusan Perakaunan
2008/2009      
2009/2010 170 208 174

2. Program Foundation in Science (FSc) UniKL - United Kingdom

Pada asalnya program ini dikenali sebagai Foundation in Engineering Technology (FET) sebelum ditukar kepada Foundation in Science (FSc) pada tahun 2012. Kumpulan pertama program tersebut mula mendaftarkan diri pada 17 Februari 2008 seramai ??? orang dari MRSM-MRSM di seluruh negara. Pihak UniKL telah membuat MoU dengan beberapa universiti terkemuka di United Kingdom bertujuan menempatkan kumpulan pelajar tersebut sebagai satu usaha perintis kepada program sebegini. Pelajar-pelajar hanya ditawarkan tiga bidang untuk melanjutkan pelajaran iaitu electrical, mechanical dan chemical. Walau bagaimanapun, para pelajar perlu mengikuti latihan industri di kampus-kampus UniKL sebelum ke luar negara.

Sesi 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bilangan Pelajar - 75 21 42 36 26 44 -

3. Program Foundation in Science (FSc) UniKL - RCMP

Program FSc RCMP bermula dengan pengambilan pelajar seramai ??? orang pada 27 Julai 2008. Seperti program FSc UK, latar belakang pelajar-pelajar ini juga datang dari MRSM. Pada ketika itu, program ini dikenali sebagai Foundation in Biological Science (FiBS). Program menekankan persediaan pelajar ke arah bidang kedoktoran dan perubatan sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke Royal College of Medicine Perak di Ipoh, Perak. Setelah MARA melalui anak syarikatnya UniKL, berharap kumpulan pelajar tersebut dapat menjadi kumpulan doktor pakar pertama hasil keluaran MARA sendiri. Hari ini, program tersebut telah berkembang dengan wujudnya dua aliran pengajian iaitu Perubatan dan Farmasi. Kumpulan pelajar aliran Farmasi pertama telah mendaftarkan diri pada 7 Julai 2013.

Sesi 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bilangan Pelajar - - 89 56 49 30 33 51

4. Program Foundation in Science (FSc) UniKL - Australia / New Zealand

Selain daripada universiti-universiti di United Kingdom, UniKL juga berjaya membuat MoU dengan beberapa universiti di Australia dan New Zealand. Ekoran daripada perjanjian tersebut, maka lahirlah sebuah lagi program berteraskan kejuruteraan iaitu Program FSc UniKL - Australia / New Zealand. Pelajar-pelajar terpilih dari MRSM seluruh Malaysia telah ditawarkan untuk mengikuti program tersebut. Hasilnya, seramai ??? orang pelajar mendaftarkan diri pada ???. Antara universiti pilihan yang menjadi destinasi pelajar ialah ???, ???, ??? dan ???.

Sesi 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bilangan Pelajar 94 69 43 102 106 73 110 142

5. Program Foundation in Science (FSc) UniKL - Vinayaka

Menyedari kehebatan India dalam bidang kedoktoran, MARA melalui UniKL telah membina jambatan kerjasama dengan sebuah universiti ulung di Vinayaka, India untuk melatih para pelajar dalam bidang perubatan. Universiti yang dimaksudkan adalah Vinayaka Missions University.

6. Program Foundation in Science & Technology (FIST) UniKL

Sesi 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Bilangan Pelajar - - 315 335 421 530 414 298
Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my