Print

Studio Muzik

 MG 3537Kolej MARA Kuala Nerang memiliki sebuah studio muzik yang menempatkan pelbagai alatan muzik moden dan tradisional. Para pelajar yang menyertai Kelab Muzik dibenarkan untuk bermain alat muzik pada setiap waktu kokurikulum dengan dipantau oleh guru (penasihat kelab). Namun jika ada pelajar yang terlibat dengan persembahan, mereka dibenarkan bermain alat muzik sebagai latihan dan persediaan.

Lazimnya para pelajar akan menyanyikan lagu-lagu terpilih dengan diiringi oleh kumpulan muzik atau 'music band' mereka sendiri di dalam acara-acara rasmi kolej seperti Majlis Graduasi Pelajar, Hari Kokurikulum, Hari Pekerja, Hari Guru, Majlis Hari Raya dan lain-lain lagi. Selain daripada persembahan rasmi dalam sebarang program kolej di dewan utama, para pelajar juga mempamerkan bakat mereka di tapak pasar malam kolej dengan membawa imej ala busking. Setiap tahun Kolej telah melahirkan beberapa kumpulan muzik yang datang dari pelbagai program seperti pelajar program Matrikulasi dan pelajar program UniKL.

DSC 6968DSC 6969DSC 6971 

Koleksi Alatan Muzik

Moden Tradisional
  • Keyboard Standard
  • Guitar (Moden)
  • Drum Full Set
  • Lead Guitar Amps
  • Rhythm Guitar Amps
  • Bass Guitar Amplifier
  • Lead Electric Guitar
  • Rhythm Electric Guitar
  • Bass Electric Guitar
  • 6 Channel Mixer + Power Amps
  • 2 Speaker with Stand
  • Mic / Cable / Stand / Speaker Cable
  • Keyboard Amps
  • Conductor Stand
  • Angklung
  • Kompang
  • Gendang

IMG 0813IMG 8014IMG 8021 MG 0384 MG 0402 MG 0404 MG 3540 MG 3546 MG 5738IMG 7914

Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my