Print

Dewan Selera

IMG 1317Pada masa ini, operasi Dewan Selera Kolej MARA Kuala Nerang yang dikenali dengan nama Dewan Sri Nerang diuruskan oleh syarikat swasta iaitu Glocal Link (M) Sdn. Bhd. yang juga merupakan subsidiari MARA atau anak syarikat MARA. Pihak Glocal Link telah melantik syarikat penyediaan makanan terkenal iaitu Felda D'Saji sebagai rakan kongsi bagi menyediakan perkhidmatan yang terbaik. 

Sepanjang tempoh tadbir urus dewan selera oleh Glocal Link melalui Eksekutif Operasinya iaitu Cik Nur Syahira binti Md Udin, para pelajar dan pihak pengurusan kolej berpuas hati dengan prestasi semasa syarikat. Menu yang disajikan sangat lazat dan menyelerakan. Malah etika kerja cemerlang yang dipamerkan oleh staf-staf D'Saji sangat menggembirakan pengurusan Kolej terutamanya Pengarah.

 

IMG 1323IMG 1325IMG 1327 

D'Saji mempunyai sebuah van serbaguna yang digunakan untuk melicinkan lagi operasinya. Antaranya ialah mengangkut makanan yang ditempah ke Dewan Badlishah dan Dataran Pengarah. Bagi melancarkan operasi mendapatkan bahan mentah yang segar dan berkualiti, D'Saji telah bekerjasama dengan pembekal-pembekal bahan mentah tempatan yang ada di sekitar daerah Pokok Sena dan Kuala Nerang. Pembekal-pembekal tersebut bertanggungjawab membekal dan menghantar bahan mentah yang dipesan setiap hari.

IMG 1308IMG 1307

D'Saji menyajikan makanan kepada para pelajar sebanyak lima kali sehari iaitu pada pukul 6.45 hingga 7.45 pagi (sarapan pagi), 11.00 hingga 11.30 pagi (minum pagi), 2.30 hingga 3.15 petang (makan tengah hari), 6.00 hingga 7.00 petang (minum petang) dan hidangan terakhir pada pukul 10.30 hingga 11.00 malam (minum malam). Penyediaan makanan sebanyak 5 kali sehari adalah piawaian yang telah ditentukan oleh MARA dan wajib dipatuhi oleh mana-mana syarikat yang terpilih dalam penawaran tender dewan selera.

IMG 1311IMG 1312IMG 1319IMG 1338IMG 1339IMG 1341IMG 1342IMG 1343

Selain menyediakan makanan mengikut waktu yang ditetapkan, Glocal Link masih menyediakan makanan mengikut keperluan pelajar-pelajar sebagai tanggungjawab sosial terhadap kebajikan mereka. Bagi pelajar yang ingin berpuasa, pelajar tersebut perlu mendaftarkan nama dan tarikh berpuasa di Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman. Staf PPKK yang bertugas akan memaklumkan D'Saji untuk melakukan tindakan selanjutnya. Seterusnya pihak D'Saji akan menyediakan makanan tambahan pada waktu berbuka.

D'Saji juga menghantar makanan secara terus dari dewan selera kepada pelajar-pelajar yang sakit yang ditempatkan di Bilik Sakit di PPKK. Walau bagaimanapun staf PPKK perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada D'Saji.   

Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my