Print

Kafetaria

IMG 1069Kafetaria Kolej MARA Kuala Nerang diuruskan oleh syarikat swasta iaitu Megah Faza Enterprise dibawah jenama D'Bagus Cafe. Selama 2 tahun menjalankan perniagaannya, D'Bagus Cafe telah mempelbagaikan menu makanan dan minuman sehingga berjaya menarik minat orang luar untuk turut menjamu selera di kafetaria kolej. Pada masa ini, pelanggan utamanya adalah warga kolej yang terdiri daripada pensyarah, staf dan pelajar-pelajar. Bagi menampung keperluan para pelajar, D'Bagus telah melewatkan tempoh operasinya dari pukul 8 pagi hingga 7 petang. Selain itu, pihak D'Bagus turut menyediakan perkhidmatan menghantar makanan kepada pelajar-pelajar di kolej kediaman dimana pelajar-pelajar tersebut hanya perlu menghantar pesanan melalui telefon. D'Bagus menutup operasinya pada setiap hari Jumaat.

Kebiasaannya pihak D'Bagus menyediakan menu nasi putih dengan pelbagai set lauk-pauk yang menyelerakan pada sebelah pagi sehingga tengah hari. Bagi pelanggan yang gemarkan menu ringkas pada waktu pagi, D'Bagus juga menyediakan juadah kuih-muih dan Chicken Finger sebagai menu tambahan disamping menyediakan pelbagai kek yang beraneka rupa dan warna.

Selepas tengah hari, barulah menu bergoreng disediakan seperti Nasi Lemak Special, Bihun Sup Ayam, Laksa Special, Mee Goreng, Maggi Goreng, Mee Bandung, Koteaw Bandung, pelbagai menu Nasi Goreng seperti Nasi Goreng Ayam, Nasi Goreng Pataya, Nasi Goreng Paprik, Nasi Goreng Cina, Nasi Goreng Kampong, Nasi Goreng Tomyam dan menu Western seperti Chicken Chop, Cheezy Wedges dan French Fries. 

DSC 6870DSC 6872DSC 6866DSC 6867DSC 6877IMG 0870

Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my