Print

Kemudahan Wi-Fi

Wi-Fi (juga ditulis sebagai Wifi atau WiFi) merupakan singkatan Wireless Fidelity iaitu satu teknologi yang menghubungkan atau membenarkan proses pertukaran data berlaku di antara peranti elektronik (electronic devices) dengan rangkaian Internet secara rangkaian tanpa wayar (wireless network). Wireless network tersebut terjadi hasil manipulasi gelombang radio. Contoh peranti elektronik masa kini yang dimaksudkan adalah personal computer (desktop atau laptop), tablet computers (seperti Samsung Tab atau iPad),  smartphones (seperti iPhone), video game consoles (seperti Microsoft Xbox atau Sony Playstation), digital cameras (seperti Samsung Galaxy S4 Zoom atau Samsung Galaxy Camera) dan digital audio players (seperti iPod).

Wi-Fi berpotensi untuk menjadi sasaran penceroboh (intruders/hackers) kerana ciri-ciri rangkaiannya yang tidak begitu selamat dan tidak mempunyai sambungan fizikal seperti Ethernet. Walaupun laman web yang dilengkapi SSL adalah selamat secara asasnya, tetapi ciri akses internet tanpa enkrip (unencrypted internet access) dalam rangkaian WiFi mudah untuk dikesan oleh penceroboh. Oleh itu sebuah badan profesionalisme yang dikenali sebagai Wi-Fi Alliance telah menambahbaik rangkaian Wi-Fi dengan membangunkan protokol encryption seperti WEP, WPA, WPA2, WPS dan lain-lain lagi.

Kolej MARA Kuala Nerang dilengkapi dengan beberapa zon WiFi bagi membolehkan warga kerja (pensyarah dan staf sokongan) dan pelajar mengakses Internet secara percuma. Berdasarkan isu keselamatan yang telah dinyatakan sebelum ini, Unit ICT tidak akan bertanggungjawab di atas segala kebocoran data akibat menggunakan kemudahan WiFi. Objektif pemasangan WiFi adalah bertujuan menyediakan alternatif kepada pengguna-pengguna laptop untuk mengakses File Server dan Internet. Selebihnya adalah tanggungjawab dan kesedaran pengguna-pengguna untuk berhati-hati dalam penggunaan WiFi.

Berikut adalah zon-zon yang telah dilengkapi dengan kemudahan WiFi.

  1. Zon 1 (Bilik Kerja Pensyarah Jabatan Bahasa & Jabatan Sains Sosial - 2 unit AP)
  2. Zon 2 (Pusat Sumber Pembelajaran - 3 unit AP)
  3. Zon 3 (Bilik Kerja Pensyarah Program UniKL SPC - 1 unit AP)
  4. Zon 4 (Bilik Kerja Pensyarah Program UniKL SPT - 1 unit AP)
  5. Zon 5 (Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman - 2 unit AP)
  6. Zon 6 (Dataran Siswa Niaga - 1 unit AP)
  7. Zon 7 (Parkir Bas - 1 unit AP) 

Selain dari prasarana WiFi Kolej, jaringan WiFi turut dilengkapi dengan produk Celcom Wifi. Namun pengguna perlu mempunyai akaun Celcom sekiranya ingin mengakses kemudahan tersebut. Celcom Wifi membolehkan pengguna-pengguna Celcom mengakses Internet secara percuma.

Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my