Print

Kolej Kediaman

Kolej Kediaman (asrama) terdiri daripada lima blok berasingan. Namun usia dan struktur binaannya berbeza antara satu sama lain kerana projek pembinaan blok-blok asrama tersebut dibangunkan mengikut keperluan dan kapasiti pelajar ketika itu. Blok L (Iman), P (Ikhlas) dan Q (Ihsan) adalah blok terawal yang dibina untuk menampung bilangan pelajar yang boleh dianggap sedikit pada masa itu. Selang beberapa tahun, bilangan pelajar dilihat semakin bertambah dan pihak Kolej telah diperuntukkan bajet untuk pembinaan Blok R (Iltizam). Pada tahun 2006, sebuah lagi blok siap didirikan dan diberi nama sebagai blok F (Insaniah). Pada masa ini, Blok F dan Q dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan. Blok F dan Q masing-masing setinggi 3 tingkat. Setiap tingkat atau aras Blok F mempunyai 30 bilik dan setiap bilik menempatkan seramai 4 orang pelajar. Blok Q pula mempunyai 26 bilik setiap aras dan kapasiti setiap bilik adalah 2 orang pelajar.

kolej kediaman

Pelajar-pelajar lelaki mendiami blok-blok L, R dan P. Semua blok tersebut mempunyai 3 aras. Namun Blok R mempunyai bilangan bilik sebanyak 21 buah setiap aras berbanding Blok L dan P yang mempunyai 26 buah bilik setiap aras. Setiap bilik kolej kediaman lelaki memuatkan 2 orang sahaja. Secara kasarnya, kolej boleh menampung keseluruhan bilangan pelajar seramai 954 orang.

Kolej Kediaman  Bilangan Maksimum Pelajar 
L (Iman)  156 orang 
R (Iltizam)  126 orang 
P (Ikhlas)  156 orang 
Q (Ihsan) 156 orang
F (Insaniah) 360 orang

Urusan pentadbiran kolej kediaman dikawal selia oleh tiga orang pembantu tadbir asrama yang beroperasi di Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman (PPKK). PPKK adalah sebuah pusat pelajar yang merangkumi Pejabat Pembantu Tadbir, Pejabat Ketua Felo (Ketua Warden), Ruang Bacaan, Bilik Mesyuarat, Bilik Eksekutif untuk VVIP, Bilik Sakit (Sick bay), Bilik P.A System dan Stor. PPKK dilengkapi dengan kemudahan multimedia seperti Astro dan Wifi.

IMG 1352IMG 1355IMG 1358

Pelajar-pelajar perlu berjumpa dengan Pembantu Tadbir bagi urusan-urusan berikut:

  • Mengambil surat atau bungkusan pos
  • Memaklumkan untuk ke hospital agar kemudahan pengangkutan dapat diaturkan sebaiknya
  • Memaklumkan untuk berpuasa agar pembantu tadbir dapat menguruskan keperluan berbuka dengan pihak dewan selera
  • Memohon kebenaran untuk memasuki blok asrama ketika waktu akademik
  • Memaklumkan tidak dapat ke kelas kerana tidak sihat agar pembantu tadbir dapat menguruskan keperluan bilik sakit dan memaklumkan pihak dewan selera untuk menghantar makanan terus kepada pelajar di PPKK.
  • Perkhidmatan bantuan pelanggan (helpdesk)

Ketua Felo bertanggungjawab dalam hal-hal berikut:

  • Menghubungi ibu bapa atau penjaga jika pelajar mengalami masalah kesihatan yang serius seperti dimasukkan ke hospital dan sebagainya
  • Memeriksa laporan dan mengambil tindakan sewajarnya seperti bekerjasama dengan kaunselor membantu penghuni bermasalah sama ada masalah disiplin, akademik atau peribadi
  • Memberi perhatian tentang kebersihan dan disiplin pelajar
  • Memastikan semua pelajar yang beragama Islam pergi ke surau untuk menunaikan solat Subuh, Maghrib dan Isya' secara berjemaah
  • Meluluskan atau tidak bagi tujuan pelajar yang ingin keluar pulang bermalam di luar Kolej

Kolej Kediaman Iman

DSC 6987DSC 6992DSC 6996DSC 6999

Kolej Kediaman Iltizam

DSC 7019DSC 7023DSC 7024DSC 7025DSC 7026DSC 7027DSC 7029DSC 7032DSC 7035

Kolej Kediaman Ikhlas

DSC 7002DSC 7015DSC 7013DSC 7004DSC 7007DSC 7010

Kolej Kediaman Ihsan

DSC 7037DSC 7039DSC 7041DSC 7044DSC 7046

Kolej Kediaman Insaniah

Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my