Print

Padang Permainan

Pertandingan Bola Sepak

DSC 5883Padang Kolej telah beberapa kali menjadi saksi kepada beberapa siri kejohanan luar kampus yang diadakan di Kolej MARA Kuala Nerang seperti pertandingan bola sepak anjuran Parlimen Padang Terap. Malah Kolej MARA Kuala Nerang sendiri pernah menjadi tuan rumah kejohanan sukan seperti KASUKMA 2014 dimana bola sepak adalah salah satu acara yang dipertandingkan.

KASUKMA atau Karnival Sukan Kolej Profesional MARA/Kolej MARA merupakan acara sukan tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi MARA dan dikelolakan oleh Kolej Profesioanal MARA atau Kolej MARA yang terpilih sebagai tuan rumah.

Lokasi padang yang bersebelahan dengan dewan utama menjadikannya sangat strategik untuk tontonan VIP yang hadir. Permukaan geografi keliling padang yang terdiri daripada kawasan sedikit berbukit dan ditumbuhi pokok-pokok menghijau menceriakan pemandangan keseluruhan padang. Kebiasaannya para penonton akan bersantai dibawah rimbunan pokok-pokok untuk menyaksikan perlawanan yang berlangsung. 

DSC 5662DSC 5668DSC 5862DSC 5875

 

Pertandingan Ragbi

 MG 0373

 

 

 

 

Ketika Kolej menjadi tuan rumah Kejohanan Ragbi 10's Jemputan Kolej MARA & Kolej Profesional MARA pada tahun 2011, prasarana padang telah dinaik taraf bagi membolehkan kejohanan berlangsung dengan jayanya. Kesannya, para pelajar dapat menggunakan prasarana tersebut sehingga ke hari ini. Kejayaan Kolej MARA Kuala Nerang muncul sebagai juara Kejohanan Ragbi pada tahun 2011 adalah memori yang paling manis pernah berlaku sepanjang penglibatan Kolej sebagai tuan rumah.  

 MG 0268 MG 0289 MG 0301 MG 0313 MG 0329 MG 0336 MG 0403 MG 0498 MG 0709 

 

Lain-lain Program

Walaupun Kolej mempunyai dua buah padang yang dikhaskan untuk Permainan Bola Sepak dan Ragbi, pelbagai acara-acara lain turut diadakan melibatkan penggunaan kedua-dua padang seperti Paintball, Hari Keluarga, Hari Kokurikulum, Larian KAKOM, Senam Aerobik dan lain-lain lagi.

DSC 5935DSC 5966DSC 6025DSC 6035DSC 6105DSC 6083DSC 6161

Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my