Print

Pengangkutan

Nadi Pengangkutan

DSC 6936Kolej MARA Kuala Nerang telah diperuntukkan 2 buah bas dan 2 buah van bagi menampung keperluan aktiviti-aktiviti pelajar mahupun staf. Pihak UniKL turut menyumbangkan sebuah kenderaan jenis MPV bertujuan melicinkan lagi operasi Kolej. Perkhidmatan bas dan van sangat penting kerana pihak pengurusan perlu menyediakan pengangkutan kepada pelajar untuk menyertai program atau aktiviti yang berlaku di luar kampus. Selain itu, warga staf juga menggunakan perkhidmatan bas dan van untuk tujuan rasmi seperti menghadiri kursus. Perkhidmatan bas dan van disokong oleh 3 orang pemandu yang berpengalaman luas dan sering memberi komitmen yang tinggi setiap kali membawa penumpang. Pemandu juga bertanggungjawab membuat pemeriksaan keselamatan dan teknikal ke atas kenderaan bagi memastikan keselamatan penumpang sentiasa terjamin. Lazimnya urusan seliaan kenderaan dijalankan untuk memenuhi keperluan-keperluan berikut:

  • Membawa pelajar yang sakit dari kolej kediaman ke hospital yang berkaitan.
  • Membawa kumpulan pelajar pergi dan balik dari lokasi luar kampus bagi tujuan aktiviti pelajar seperti di Tasik Banding.
  • Membawa muatan dan barang hak milik kolej.
  • Membawa staf atau pelajar ke majlis kenduri sebagai satu tanggungjawab sosial.
  • Membawa kontinjen kolej untuk menyertai kejohanan sukan luar kampus. 

IMG 1132IMG 1127IMG 1115

Antara rutin harian pemandu adalah membawa pelajar-pelajar yang sakit ke hospital atau klinik menggunakan van pada setiap pagi dan petang sekiranya ada keperluan. Pemandu juga bertanggungjawab mengambil semula pelajar-pelajar ini dari hospital selepas selesai urusan pemeriksaan kesihatan mereka. Walaupun tugas-tugas menghantar dan mengambil pelajar-pelajar tidak menentu, pemandu-pemandu sentiasa bersedia kerana kebajikan para pelajar adalah perkara yang menjadi keutamaan dalam visi dan misi mereka.

IMG 1190IMG 1194

Selain daripada tugas-tugas rasmi, pihak Kolej memanfaatkan perkhidmatan bas untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada masyarakat setempat. Sebagai contoh, pihak Kolej akan menyediakan kemudahan pengangkutan terutamanya bas bagi program-program anak angkatnya yang melibatkan beberapa kumpulan pelajar dari sekolah-sekolah berdekatan. Bas digunakan untuk mengambil pelajar-pelajar tersebut dari sekolah mereka sebelum dihantar ke Kolej.

IMG 0013 MG 5852  

Pemandu

  1. En Mohd Yusli bin Md Zain (Kanan)
  2. En Mad Ramli bin Ibrahim
  3. En Mohd Shukor bin Ibrahim
MPV Sumbangan UniKL
 
IMG 1332IMG 1334IMG 1337 
Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my