Print

Pentadbiran & Jabatan

Secara amnya, pentadbiran dan pembangunan Kolej MARA Kuala Nerang (KMKN) melibatkan tiga peringkat atau kelompok kakitangan yang berbeza dari segi skop pekerjaan mereka. Operasi KMKN setiap hari juga didokong oleh satu lagi kelompok pekerja yang bukan kakitangan kerajaan. Mereka ini terdiri daripada staf swasta yang terlibat dengan kerja-kerja cuci bangunan dan kawasan kolej, kawalan keselamatan, penyediaan makan bermasak Islam untuk para pelajar dan perkhidmatan dobi. 

Pada peringkat tertinggi, kakitangan peringkat tersebut dikenali sebagai Kumpulan Pengurusan. Lazimnya mereka akan mengadakan mesyuarat rasmi setiap bulan bagi membincangkan isu-isu berkaitan kolej. Berikut adalah ahli Kumpulan Pengurusan:

  1. Pengarah
  2. Timbalan Pengarah HEA (Hal Ehwal Akademik)
  3. Timbalan Pengarah HEP (Hal Ehwal Pelajar)
  4. Ketua Jabatan Sains
  5. Ketua Jabatan Matematik
  6. Ketua Jabatan Sains Sosial
  7. Ketua Jabatan Bahasa
  8. Penolong Pegawai Tadbir Kanan
  9. Penyelaras Program FSc UniKL
  10. Penyelaras ICT
  11. Ketua Felo
  12. Ketua UPPK (Unit Pengurusan & Peperiksaan Kolej)

Peringkat seterusnya adalah kumpulan professional yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dari pelbagai jabatan dan unit. Tugas pensyarah tidak hanya tertakluk kepada proses pengajaran tetapi pensyarah-pensyarah perlu mendokong dan melaksanakan urusan-urusan lain seperti terlibat dengan jawatankuasa-jawatankuasa induk kolej. Antara jawatankuasa-jawatankuasa yang menjadi tunjang pembangunan kolej adalah Jawatankuasa 5S, Jawatankuasa Green Campus, Jawatankuasa Felo, Jawantankuasa Mentor-mentee dan lain-lain lagi. Terdapat 4 jabatan dan beberapa unit dibawahnya.

  1. Jabatan Sains
    • Unit Fizik
    • Unit Kimia
    • Unit Biologi
  2. Jabatan Matematik
    • Unit Matematik
    • Unit Teknologi Maklumat
  3. Jabatan Sains Sosial
    • Unit Pengurusan Perniagaan
    • Unit Ekonomi
    • Unit Perakaunan
    • Unit Kokurikulum
  4. Jabatan Bahasa
    • Unit Bahasa Inggeris
    • Unit Pendidikan Islam
    • Unit Kemahiran Dinamika
  5. Unit Program FSc UniKL (Unit ini menggabungkan beberapa pensyarah dari unit-unit lain untuk mengajar pelajar-pelajar Program FSc UniKL)

Peringkat terakhir adalah barisan kakitangan-kakitangan sokongan yang melakukan kerja-kerja pejabat/pentadbiran dan kerja-kerja yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran pelajar seperti kemudahan teknologi maklumat, kemudahan perpustakaan, kemudahan makmal sains dan kemudahan asrama atau kolej kediaman. Berikut adalah unit-unit sokongan dan fungsinya.

Unit Ahli Fungsi Asas
Pejabat Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Ketua Unit) Mengawal & melaksana urusan pejabat.
Pembantu Tadbir (Pejabat) Melakukan kerja-kerja pejabat.
Pembantu Am Pejabat
Juruteknik Jentera Elektrik Menyelesaikan semua isu berkaitan elektrik dan pendingin hawa.
Juruteknik Bangunan Menyelesaikan semua isu berkaitan kemudahan di bangunan kolej.
Pemandu Membawa dan menyelenggara bas dan van kolej.
     
PSP (Pusat Sumber Pembelajaran) Penolong Pegawai Perpustakaan Mengawal & melaksana urusan perpustakaan.
Pembantu Tadbir (Perpustakaan) Melakukan kerja-kerja pustakawan.
Pembantu Am (Perpustakaan)
Juruteknik RTV Menyediakan dan menyelenggara alatan elektronik seperti PA system, LCD projector dan televisyen.
     
ICT Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Mengawal & melaksana urusan pembangunan ICT kolej.
Juruteknik Komputer Menyelenggara kemudahan ICT seperti makmal komputer.
     
Makmal Sains Pembantu Makmal Kanan Mengawal & melaksana urusan perjalanan makmal sains.
Pembantu Makmal Melakukan kerja-kerja penyediaan bahan eksperimen pelajar.
Pembantu Am (Makmal)
     
PPKK (Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman) Pembantu Tadbir Asrama Kanan Mengawal & melaksana urusan berkaitan asrama.
Pembantu Tadbir (Asrama) Melakukan kerja-kerja berkaitan asrama.

Carta Organisasi Kumpulan Pengurusan

Carta Organisasi Staf Akademik

Carta Organisasi Staf Sokongan

Direktori Staf

Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my