Print

Profail

Visi

Peneraju Keunggulan Pendidikan & Keusahawanan

 

Misi

Menjadi Institusi Pendidikan Terunggul untuk Melahirkan Pelajar yang Berakhlak Mulia dan Berpotensi Tinggi dalam Bidang Sains, Teknologi dan Keusahawanan

 

Objektif

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, sekurang-kurangnya 75% pelajar mendapat PNGK 3.00 ke atas pada akhir semester 2.
  2. Memastikan 100% pelajar berjaya ke universiti setelah tamat sesi pengajian.
  3. Membentuk modal insan yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  4. Melengkapkan dan menguruskan kemudahan alatan pengajaran dan pembelajaran, ICT serta prasarana PSP mengikut piawaian MARA.
  5. Membentuk warga kolej yang berintegriti dan beretika kerja cemerlang.
  6. Mendedahkan warga kerja dengan kursus/latihan yang bersesuaian dengan perkhidmatan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
  7. Mematuhi arahan dan peraturan MARA dan Kementerian Pendidikan Malaysia, serta memenuhi syarat-syarat CQA UniKL dan MQA.
  8. Menunaikan tanggungjawab sosial kepada ibu bapa, masyarakat dan organisasi luar.

Logo

 

Simbol Pengertian
Tulisan MARA Penaung Institusi
Tulisan Kolej MARA Kuala Nerang Institusi Peneraju Keunggulan Pendidikan & Keusahawanan
Roda Bergigi

3 Gigi Sebelah Kanan
Mewakili Staf Akademik, Staf Sokongan dan Staf swasta bekrjasama bagi menzahirkan visi & misi kolej

3 Gigi Sebelah Kiri
Mewakili kumpulan pengguna terdiri daripada Pelajar, Ibubapa dan Masyarakat Luar

3 Gelungan

Pergerakan elektron pada orbitnya melambangkan pembangunan yang seimbang dalam bidang Kurikulum, Kokurikulum dan Sahsiah

(Merangkumi Sains, teknologi dan Keusahawanan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang proaktif, inovatif, kreatif dan bersahsiah tinggi)

Nukleus di Tengah Gelungan Melambangkan fokus permuafakatan semua pihak bagi merealisasikan visi
Buku Terbuka Gedung ilmu dan teras operasi intelek untuk kesejahteraan sepanjang zaman
Cogankata "Berdisiplin, Berilmu, Beramal" Hasil gabungan kesemua elemen di atas dan kerjasama, berilmu dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara
Riben Merah Melambangkan budaya keunggulan warga kolej
Mata Pena Lambang kepada daya intelek, profesional dan kreatif pelajar untuk mengembang dan menyebar ilmu kepada umat sejagat

 

Warna Pengertian
Merah Melambangkan keberanian warga kolej untuk mara sebagai sebuah institusi pendidikan yang terunggul
Biru Melambangkan kesepaduan pembelajaran dari segi jasmani, emosi, rohani & intelek berteraskan sains, teknologi dan keusahawanan
Kuning Melambangkan warga kolej mendokong & menghormati lunas-lunas perlembagaan & falsafah Rukun Negara
Putih Melambangkan kesucian, ketelusan & ketulusan dalam menjalankan amanah bangsa

Bendera

Lagu Korporat

Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my