• Fasal 3 Perlembagaan MUAFAKAT menyatakan objektif berikut:

    1. Menyediakan sesuatu kegiatan forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar-pelajar di Maktab Rendah Sains MARA / Kolej MARA.
    2. Membantu dan menambah usaha Maktab Rendah Sains MARA / Kolej MARA bagi memenuhi kehendak-kehendak dan keperluan-keperluan pelajar dalam kegiatan-kegiatan mereka.
    3. Membolehkan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA / Kolej MARA bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendiidkan pada amnya.
    4. Memberi peluang kepada ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA / Kolej MARA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara membaiki taraf pendidikan pelajar-pelajar MRSM / Kolej MARA.
    5. Mengukuhkan permuafakatan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar di peringkat kebangsaan serta untuk meningkatkan kerjasama dengan pihak MARA.
    6. Melaksanakan aktiviti ekonomi bagi membolehkan ibu bapa, guru-guru dan bekas pelajar mewujudkan dana dan menyalurkannya bagi membantu membiayai projek-projek pendidikan MARA.
  • Fasal 4 Perlembagaan MUAFAKAT menyatakan keahlian terbuka kepada:

    1. Setiap ibu bapa, ibu bapa bekas pelajar MRSM / Kolej MARA
    2. Guru dan bekas guru MRSM / Kolej MARA
    3. Bekas pelajar MRSM / Kolej MARA
    4. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah yang lain
  • Jawatankuasa MUAFAKAT Cawangan Kolej MARA Kuala Nerang 2015/2017

    EN. MOHD HASRI BIN MOHD HADZIR
    [Yang Dipertua MUAFAKAT Caw. Kolej MARA Kuala Nerang]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    EN. ROSMAN BIN AHMAD
    [Timbalan Yang Dipertua]


    PN. ROSELIZA BINTI HUSSAIN
    [Setiausaha]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    PN. NURUL FAREHAN BINTI ROSLI

    [Penolong Setiausaha]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    PN. NUR SYAKIMAH BINTI MOHD SUBHI 
    [Bendahari]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    PN. NOORHUSAINI BINTI OSMAN
    [Ketua Biro Pendidikan]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    DR. HAZIZAN BIN MD AKIL
    [AJK Biro Pendidikan]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    EN. MOHD RAZIF BIN MOHD YUSOF
    [Ketua Biro Makanan & Prasarana]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    PN. NORMAH BINTI SUHUT
    [AJK Biro Makanan & Prasarana]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    PN. NOOR LIZAWATI BINTI JAAPAR
    [Ketua Biro Ekonomi]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    EN. ABDUL RAHMAN BIN MUHAMMAD GHAZALI
    [AJK Biro Ekonomi]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    EN. YAZID BIN YAHAYA
    [Ketua Biro Kebajikan]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    EN. SHAHRUL AZHAR BIN MAT DALI
    [AJK Biro Kebajikan]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    PN. NOR ADILAH BINTI ROZALI
    [Ketua Biro Penerangan & Sumber Maklumat]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    PN. NORSIAH BINTI ISMAIL
    [AJK Biro Penerangan & Sumber Maklumat]
    This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • 1. Projek Memohon Sumbangan Untuk Menampung Kos Pembelian dan Pemasangan Pendingin Hawa di Surau al-Huda

    • Pihak kolej telah menghantar surat kepada ibu bapa dan guru memohon sumbangan dalam bentuk wakaf.
    • Jumlah terkumpul sehingga 3 Mac 2014 adalah sebanyak RM30,000.
    • Anggaran kos keseluruhan yang diperlukan adalah berjumlah RM300,000.

    2. Aktiviti Jualan Makanan Pada Setiap Hari Bekerja Sepanjang Tahun

    • Antara makanan yang dijual adalah nasi lemak, kerepek, tid bits, oblong burger, dadih dan pastries.
  • SOALAN 1
    Sejauh manakah pihak kolej mengambil berat tentang kebajikan pelajar?
    Pihak kolej amat menitikberatkan hal-hal berkaitan kebajikan pelajar seperti memastikan keselamatan dan kehidupan yang selesa. Antara perkara-perkara yang diambil perhatian adalah:
    Makan
    Makan disediakan secara percuma kepada pelajar lima kali sehari iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, makan malam dan supper.
    Rawatan Harian
    Pelajar boleh mendapatkan rawatan di hospital kerajaan yang berdekatan seperti di Hospital Kuala Nerang, Klinik Pergigian Kuala Nerang dan Klinik Kesihatan Kuala Nerang. Jadual penghantaran pelajar ke hospital pada hari kuliah adalah pada pukul 7.50 pagi dan 2.00 petang, manakala pada hari cuti, urusan penghantaran diuruskan oleh felo yang bertugas dan van kolej. Pelajar yang dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar akan diurus oleh pihak kolej dan ibu bapa akan dimaklumkan segera.
    Rawatan Kecemasan
    Sekiranya terdapat kes-kes yang memerlukan rawatan segera, pelajar akan dihantar secepat mungkin ke hospital oleh felo.
    Rawatan Tradisional
    Rawatan tradisional diberikan setelah pihak kolej mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga. Walau bagaimanapun kos perlu ditanggung sendiri oleh pelajar.
     
    SOALAN 2
    Apakah kemudahan-kemudahan keperluan harian yang boleh didapati di kolej?
    Pihak kolej menyediakan kemudahan-kemudahan untuk kegunaan pelajar sepanjang sesi pengajian di kolej. Kemudahan-kemudahan tersebut adalah:
    Kedai Runcit Koperasi
    Kedai Runcit Koperasi menyediakan pelbagai barang niaga kepada warga kolej. Kedai runcit diuruskan oleh seorang pengurus besar yang dilantik dalam kalangan Ahli Lembaga Koperasi (Pensyarah). Urusan jualan harian dikendalikan oleh dua orang pekerja yang bertugas mulai pukul 7.30 pagi sehingga pukul 6 petang secara syif. ALK dan ASK pelajar pula mula bertugas mengikut giliran pukul 5.30 petang hingga 11.00 malam.
    Perkhidmatan Dobi & Mesin Basuh Layan Diri
    Kerja-kerja mendobi dilakukan oleh 3 orang pekerja mengikut syif. Para pelajar menghantar dan mengambil pakaian mengikut jadual yang disediakan. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10 sebulan atau RM50 setiap semester. Mesin basuh layan diri disediakan di kolej kediaman di setiap aras untuk kemudahan para pelajar atas bayaran sendiri.
    Perkhidmatan Fotostat, Mencetak dan Binding
    Lokasi kedai fotostat tersebut terletak bersebelahan kedai runcit koperasi. Senario ini memudahkan para pelajar berurusan jika perlu. Perpustakaan kolej juga menawarkan perkhidmatan percetakan (printing) dan pengimbasan (scanning) secara layan diri. Komputer di perpustakaan yang dilengkapi Internet memudahkan para pelajar untuk mencetak secara terus dari Internet seperti mencetak online ticket. Malah perkhidmatan scanning boleh diintegrasikan dengan penggunaan email.
    Perkhidmatan Pengangkutan
    Pihak Koperasi menawarkan dan menguruskan perkhidmatan tempahan tiket pengangkutan awam dan bas 'chartered' kepada para pelajar untuk pulang ke destinasi kediaman masing-masing.
    Penjualan Buku Rujukan
    Pihak Koperasi menguruskan tempahan buku teks dari pembekal dan mengendalikan urusan jualan kepada para pelajar.
    Tempahan T-shirt / Sweater
    Pihak Koperasi menguruskan tempahan T-shirt atau sweater bagi para pelajar yang berminat untuk membuat t-shirt/sweater khas mengikut kumpulan tertentu seperti kumpulan kuliah, kumpulan aras, kumpulan tutorial, kelab dan persatuan.
     
    SOALAN 3
    Apakah kemudahan pengangkutan awam yang boleh didapati sekiranya pelajar ingin pergi ke bandar berhampiran seperti ke Alor Setar?
    Pelajar boleh menggunakan kemudahan bas awam yang disediakan oleh syarikat MARA Liner dan HBR. Anggaran kekerapan bas adalah sebuah bas pada setiap jam. Tambang bas yang dikenakan ialah RM4.80 sahaja. Pelajar boleh menunggu bas di perhentian bas berhadapan pintu masuk utama kampus.
     
    SOALAN 4
    Adakah semua pelajar yang mendaftar di Kolej MARA Kuala Nerang dibiayai oleh MARA?
    Ya, semua pelajar Kolej MARA Kuala Nerang layak menerima pembiayaian tanpa sebarang syarat.
     
    SOALAN 5
    Bilakah ibu bapa / penjaga boleh melawat pelajar di asrama?
    Ibu bapa dan penjaga dibenarkan melawat pelajar di asrama atau kolej kediaman mengikut jadual berikut:
     
    SOALAN 6
    Bilakah pelajar dibenarkan outing dan balik bermalam?
    Jadual Outing pelajar dan jadual balik bermalam disediakan dan dikeluarkan setiap bulan. Pelajar boleh merujuk kepada jadual yang ditampal di Pejabat Pentadbiran Kolej Kediaman (PPKK) atau daripada felo. Pelajar dibenarkan bermalam bersama keluarga pada hujung minggu yang bukan minggu pulang bermalam sekiranya tiada program rasmi kolej.
     
    SOALAN 7
    Adakah kemudahan ATM disediakan di kolej?
    Harap maaf. Kemudahan ATM tidak dapat disediakan di kolej kerana bilangan pelajar tidak memenuhi syarat bank. Pelajar boleh mendapatkan kemudahan ATM yang disediakan oleh beberapa bank tempatan yang terdapat di pekan Kuala Nerang seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank, Agro Bank dan Bank Rakyat. 
     
    SOALAN 8
    Berapa lamakah pengajian di kolej ini?
    Bergantung pada program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar. Sila rujuk bahagian Program untuk butiran lanjut.
     
    SOALAN 9
    Adakah keputusan peperiksaan semester diposkan kepada ibu bapa / penjaga?
    Keputusan peperiksaan semester bagi pelajar yang mengikuti program UniKL akan diposkan sendiri oleh pihak UniKL kepada ibu bapa dan penjaga.
     
    SOALAN 10
    Apakah bidang-bidang yang ditawarkan kepada pelajar setelah tamat mengikuti pengajian di kolej ini?
    Bergantung pada program pengajian yang ditawarkan kepada pelajar. Sila rujuk bahagian Program untuk butiran lanjut.
Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my