Print

Unit Kaunseling

Perkhidmatan ini disediakan khas untuk membimbing dan menolong pelajar memahami dirinya sendiri serta mampu mencipta kehidupan yang bermakna pada masa depan. Perkhidmatan ini memberi bimbingan dan perkhidmatan dalam bidang Akademik, Kerjaya, Sosial peribadi, Keluarga dan juga dalam halā€hal lain.

Segala bentuk rundingan dan perbincangan dengan klien adalah tertakluk kepada etika proses kaunseling iaitu kerahsiaan (confidential) dan membantu perkembangan klien dari sudut kognitif, tingkahlaku dan perasaan.

Kaunseling merupakan satu proses yang berpegang kepada beberapa etika yang seharusnya anda ketahui:-

  1. Kerahsiaan– segala yang diceritakan tidak akan didedahkan sewenang-wenangnya kepada pihak yang tidak berkaitan.
  2. Kejujuran - kaunselor akan sedaya upaya membantu klien secara jujur dan mengharapkan kejujuran klien untuk berubah.
  3. Penerimaan tanpa syarat - sesiapa juga klien, kaunselor akan menerima dengan hati yang terbuka.
  4. Proses - perjalanan sesi merupakan satu proses yang mana ada perjanjian antara klien dan kaunselor, agar kebajikan kedua-dua pihak terjaga dan proses lancar dan dapat mencapai matlamat.

PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

  • Kaunseling Individu
  • Kaunseling Kelompok
  • Maklumat Peluang Pendidikan dan Kerjaya
  • Pembangunan Diri
  • Inventori Minat Kerjaya
  • Inventori Personaliti
  • Konsultasi Ibu bapa
  • Rujukan Kes
  • Program Kepimpinan dan Motivasi
  • Kemahiran Belajar
  • Pendidikan Pencegahan Dadah, Rokok, HIV dan Aids.
  • Rujukan Penyelidikan dan lain – lain lagi.
Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantarkan kepada email webmaster di sysadmin@kmknerang.edu.my