OBJEKTIF

Objektif Kualiti dibangunkan bagi mendokong hala tuju dan polisi KMKN. Beberapa sasaran dan objektif bagi setiap Jabatan / Bahagian telah dibangunkan untuk merealisasikan hala tuju institusi mengikut keupayaan dari semasa ke semasa. Bagi memastikan dasar kualiti dapat dicapai, objektif-objektif kualiti ditetapkan bagi setiap peringkat yang terlibat dalam Standard Pengurusan Kualiti (SPK) iaitu:

  1. Melahirkan pelajar yang cemerlang dalam akademik, sekurang-kurangnya 85% pelajar mendapat PNGK 3.00 ke atas pada akhir Semester II.
  2. Memastikan 99% pelajar berjaya ke Universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi setelah tamat sesi pengajian.
  3. Memastikan warga kerja menghadiri Kursus Integriti dan Etika Kerja sekurang-kurangnya sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.
  4. Memastikan warga kerja menghadiri sekurang-kurangnya tujuh (7) hari Kursus Peningkatan Profesionalisma dalam masa satu (1) tahun.
  5. Mematuhi arahan dan peraturan MARA dan Kementerian Pendidikan Malaysia, serta memenuhi syarat-syarat CQA UniKL dan MQA.
  6. Menunaikan tanggungjawab sosial kepada ibu baapa, masyarakat dan organisasi luar sekurang-kurangnya sepuluh (10) kali setahun.
  7. Melaksanakan Program Keusahawanan Pelajar sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun dan menyertai pertandingan/program inovasi dan kemahiran sekurang-kurangnya tiga (3) kali setahun.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam akan memberikan perkhidmatan yang cekap, bertanggungjawab dan mesra pelanggan untuk:

  1. Melahirkan pelajar yang berprestasi unggul dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah.
  2. Menyediakan mekanisme pengajaran dan pembelajaran yang cekap dan berkesan.
  3. Memastikan semua warga kerja kolej berpegang teguh kepada etika perkhidmatan unggul serta sentiasa memberi sumbangan optimum.
  4. Memberi perkhidmatan yang cekap dan tepat bagi memenuhi semua kehendak dan aduan pelanggan mengikut piawaian MARA.
  5. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selamat untuk memberangsangkan proses pengajaran dan pembelajaran serta keselesaan bekerja.

kmkn  Hubungi Kami

KOLEJ MARA KUALA NERANG
LOT 566, DAERAH PADANG TERAP
06300 KUALA NERANG
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA
  • +60 4 786 7250 / 7255
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

PAUTAN LUAR

Cari Kami di
Facebook
Tarikh Kemaskini:
29 OGOS 2023
Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantar melalui emel webmaster di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

HAKCIPTA TERPELIHARA © KOLEJ MARA KUALA NERANG 2019
TERMA DAN SYARAT | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN