Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Selamat Datang ke Laman Web Rasmi Kolej MARA Kuala Nerang. Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi MARA, perkembangan semasa dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi menawarkan ruang yang luas bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan penyebaran maklumat. Melalui laman web ini, ianya diharapkan akan menjadi saluran dan sumber rujukan yang berguna kepada pelanggan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan pelbagai perkhidmatan yang dikendalikan oleh Kolej MARA Kuala Nerang khususnya program-program pengajian yang ditawarkan.
Adalah menjadi matlamat Kolej untuk melahirkan pelajar-pelajar yang memiliki 10 kriteria profil pelajar IQDIRECTOR: Integrity, Quranic, Dynamic, Innovative, Respect, Encyclopedia, Competitive, Teamwork, Optimistic dan Responsible. Dengan memiliki kemahiran IQDIRECTOR, diharapkan pelajar mampu mendepani cabaran abad ke 21 serta mampu bersaing di peringkat global.
Akhir kata, marilah kita bersama-sama bekerja menjadikan KMKN sebagai sebuah institusi pendidikan MARA yang menghasilkan lulusan pelajar berkualiti daripada segala aspek, berhemah tinggi dan berinovasi selaras dengan moto kolej ini iaitu Keunggulan Budaya Kita untuk memenuhi kehendak universiti dan industri.
"Success isn't about how much money you make, it's about the difference you make in people's life.”
Michell Obama
Sekian, terima kasih.
Wabillahi Taufik Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Pn Hjh Ani Mardiah binti Azmin
Pengarah
Kolej MARA Kuala Nerang
(Sumber: 2022)
Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantar melalui emel webmaster di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.. |
HAKCIPTA TERPELIHARA © KOLEJ MARA KUALA NERANG 2019 |
TERMA DAN SYARAT | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN |