PEMBIMBING RAKAN DINAMIK

SESI 2019/2020

PENGENALAN

Kaunseling Rakan Sebaya (Peer Counseling) telah digunakan secara meluas di institusi pendidikan negara ini bermula di peringkat sekolah hingga ke kolej dan universiti. Konsep ini digunakan untuk program yang berkaitan dengan kaunselor seperti Minggu Suai Kenal, Hari Kerjaya, Program Motivasi dan lain-lain lagi.

Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) di Kolej MARA Kuala Nerang merujuk kepada kumpulan pelajar yang telah menerima latihan asas kaunseling. Ahli PRD berfungsi sebagai sahabat yang efektif kepada rakan-rakan di Kolej terutamanya mereka yang memerlukan sokongan dan pertolongan. PRD menggunakan kemahiran tersebut untuk membantu rakan menangani masalah dengan menjadi pendengar yang peka terhadap perasaan orang lain, mengambil berat dan mempamerkan keikhlasan apabila bantuan mereka diperlukan.

Di samping itu, PRD juga berperanan sebagai jambatan (bridge) antara pelajar dan kaunselor kolej dan sentiasa bersedia untuk membantu mengembangkan serta menjayakan aktiviti unit Bimbingan & Kaunseling Kolej. Dengan kata lain, pelaksanaan PRD di Kolej ialah untuk menggalakkan penjelasan kendiri (self-clarification), perkembangan kendiri (self-development) serta kecemerlangan pencapaian akademik melalui perhubungan yang positif dan sihat dalam kalangan pelajar.

OBJEKTIF PENUBUHAN

 

  • Meningkatkan komitmen pelajar untuk bersama-sama mengambil bahagian yang aktif dalam proses penyelesaian masalah rakan-rakan.
  • Menggalakkan perkongsian perasaan, pendapat dan maklumat secara positif ke arah kehidupan yang harmoni sepanjang berada di Kolej.
  • Meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar bahawa kebajikan dan kesejahteraan hidup rakan-rakan adalah tanggungjawab mereka bersama.
  • Membekalkan ilmu dan pengalaman kepada ahli PRD sebagai persiapan menghadapi rakan-rakan dalam segenap peringkat pada masa hadapan.

Berikut merupakan Program Tahunan yang dikendalikan oleh PRD KMKN:

  1. Kursus Asas Kemahiran Kaunseling
  2. PRD 'Day Out'
  3. Motivational Thought
  4. Chocolate Day
  5. Promosi KM/KPM
  6. Pameran Kerjaya
  7. Pengendalian Ujian Psikometrik
  8. Program Motivasi MRSM
  9. Program Sekolah Angkat
  10. Program Khidmat Masyarakat
  11. Color Run
  12. Fasilitator Program Motivasi (Peringkat Kolej)
  13. Fasilitator Minggu Suai Kenal (Minggu Orientasi)

kmkn  Hubungi Kami

KOLEJ MARA KUALA NERANG
LOT 566, DAERAH PADANG TERAP
06300 KUALA NERANG
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA
  • +604-7867250
  • +604-7867254
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

PAUTAN LUAR

Cari Kami di
Facebook
Tarikh Kemaskini:
09 SEPTEMBER 2021
Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantar melalui emel webmaster di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

HAKCIPTA TERPELIHARA © KOLEJ MARA KUALA NERANG 2019
TERMA DAN SYARAT | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN