Program Matrikulasi Perakaunan merupakan program persediaan pra universiti bagi pelajar lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan mereka mengikuti kursus ke Peringkat Ijazah Pertama di Universiti.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah penganjur program yang telah memberi kebenaran dan kepercayaan kepada Kolej untuk melaksanakan program ini sejak tahun 2000. Walau bagaimanapun, permohonan kemasukan pelajar adalah melalui KPM.

Permohonan untuk kemasukan ke Program Matrikulasi boleh dirujuk melalui Laman Web Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.

PROFIL PROGRAM

Tempoh masa program adalah selama satu (1) tahun yang merangkumi dua (2) semester. Biasanya sesi pengajian bermula pada bulan Mei setiap tahun.

Para pelajar akan mengikuti subjek-subjek berikut:

  • Ekonomi
  • Accounting
  • Pengurusan Perniagaan
  • Matematik
  • Bahasa Inggeris
  • Pengajian Am
  • Pendidikan Islam
  • Ko-Kurikulum

Pelajar wajib mengambil peperiksaan MUET semasa sesi pengajian untuk memenuhi syarat melanjutkan pengajian ke universiti.

SYARAT KELAYAKAN UMUM

Pemohon mesti berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari tahun terkini.

Pemohon mesti mendaftar mata pelajaran berikut dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM): Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik dan Matematik Tambahan.

Pemohon juga perlu mengambil mana-mana dua (2) mata pelajaran seperti yang berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik

SYARAT KELAYAKAN MINIMUM

Memperoleh sekurang-kurangnya gred berikut dalam peperiksaan SPM.

  • C bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
  • C bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris
  • C bagi mata pelajaran Matematik
  • C bagi mata pelajaran Matematik Tambahan
  • C dalam dua (2) mata pelajaran berikut: Fizik/ Kimia/ Biologi/ Sains/ Sains Tambahan/ Teknologi Kejuruteraan/Asas Kelestarian/ Sains Pertanian/ Pertanian/Ekonomi Rumah Tangga/ Sains Rumah Tangga/ Reka Cipta/ Teknologi Maklumat Dan Komunikasi/ Sains Komputer/ Sains Sukan/ Lukisan Kejuruteraan/Grafik Komunikasi Teknikal/ Prinsip Perakaunan/ Ekonomi Asas/ Ekonomi/Perdagangan/ Perniagaan/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Tasawwur Islam/Pengajian Kejuruteraan Awam/ Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
  • LULUS bagi mata pelajaran Sejarah

HALA TUJU PELAJAR

Pelajar yang berjaya boleh memilih melanjutkan pengajian ke Program Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Awam (UA / IPTA) dan IPTS terpilih.

kmkn  Hubungi Kami

KOLEJ MARA KUALA NERANG
LOT 566, DAERAH PADANG TERAP
06300 KUALA NERANG
KEDAH DARUL AMAN
MALAYSIA
  • +604-7867250
  • +604-7867254
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

PERKHIDMATAN ATAS TALIAN

PAUTAN LUAR

Cari Kami di
Facebook
Tarikh Kemaskini:
09 SEPTEMBER 2021
Sebarang pertanyaan, cadangan atau komen, sila hantar melalui emel webmaster di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

HAKCIPTA TERPELIHARA © KOLEJ MARA KUALA NERANG 2019
TERMA DAN SYARAT | DASAR PRIVASI | DASAR KESELAMATAN | PENAFIAN